Wednesday, May 24, 2006

Nite Ride

Normally, every friday nite our group will meet at one Nasi Kandar restaurant. We either tok kok all nite or ride somewhere... depend on mood.

Couple of weeks ago, one good soul, also a biker treat us for a round of Mee Udang (Prawn Mee) at Sungai Dua.

Monday, May 08, 2006

Lunch Ride On Top of Banjaran Titiwangsa

Yesterday, during weekend, me and my riding buddies rode our trusted bike to have an early lunch on top of Banjaran Titiwangsa. Banjaran Titiwangsa is the main range that divided Peninsula Malaysia into east and west. It runs from the Malaysian-Thai border in the north right up to the state of Negeri Sembilan. What make it one of bikers heaven is the winding road that will surely test your bike handling capability and also your skill.

Riders on this trip :-

1) Yours Truly - Yamaha TMax 500
2) Mohoni - Suzuki RF600
3) Khalid - Honda Shadow 600
4) Shahrul - Naza Blade 250
5) Zahir - Kawa ZZR250
6) Supermag - Honda Magna VS750C


















Lovely.. lovely scenary left and right. Such peaceful feeling that make you wish it could go on and on forever.

Friday, May 05, 2006

YOUNG BIKERS






















KUALA LUMPUR: Tiga beradik murid sekolah rendah di Desa Pandan di sini, yang menunggang motosikal kecil (pocket bike) dan mini skuter di jalan raya untuk ke sekolah ditahan dan diberi amaran oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) petang semalam..

Murid perempuan Tahun Enam itu menaiki mini skuter, manakala adik lelakinya murid Tahun Lima menunggang motosikal kecil yang dibonceng adik perempuan mereka (Tahun Satu).

Mereka ditahan ketika pulang dari sekolah. Bagaimanapun murid itu hanya diberi amaran supaya tidak menaiki kenderaan itu ke sekolah.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Amir Abdul Hamid, berkata perbuatan itu menyalahi undang-undang dan boleh mengundang kemalangan jika berada di jalan raya.

“Kita memandang serius penggunaan motosikal ini, bukan kerana saiznya yang jauh berbeza dengan kenderaan bermotor lain, tetapi ia tidak layak berada di jalan raya.

“Peraturan JPJ jelas iaitu setiap kenderaan bermotor perlu didaftar terlebih dulu dengan jabatan ini jika ingin berada di atas jalan raya,” katanya.

“Dalam hal ini, motosikal berkenaan langsung tidak boleh didaftar kerana tidak mematuhi ciri keselamatan. Ia seperti kenderaan buggy di kelab golf hanya kegunaan kawasan dalaman rekreasi,” katanya di sini, semalam.

Operasi itu dilakukan kira-kira jam 1 petang semalam selepas JPJ Wilayah Persekutuan menerima aduan orang ramai yang melihat murid menunggang motosikal kecil berkenaan di atas jalan raya sejak sebulan lalu.

Dalam tinjauan hampir setengah jam itu, dua kanak-kanak sekolah lelaki dan perempuan menunggang motosikal berkuasa petrol manakala kakak mereka menaiki mini skuter berkuasa bateri di tengah kesibukan kenderaan yang lalu lalang.

Sebagai langkah keselamatan, mereka dilarang menaiki motosikal itu oleh anggota JPJ terbabit, yang kemudian dihantar pulang ke rumah dengan kenderaan jabatan berkenaan.

Amir berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap ibu bapa kanak-kanak terbabit sekiranya masih membenarkan anak mereka menunggang motosikal berkenaan.

“Saya mengingatkan ibu bapa supaya jangan mengambil sikap sambil lewa dengan membenarkan anak mereka menunggang kenderaan bermotor tanpa lesen dan pada masa sama kenderaan itu tidak dibenarkan berada di jalan raya.

“Tindakan sita kenderaan dan saman ke atas ibu bapa boleh dikenakan sekiranya anak mereka terus mengulangi perbuatan berkenaan,” katanya.